Hitam & Putih | Warna Kehidupan

Posted in Candid on December 4, 2009 by zaini79

Entry aku kali ini bertemakan konsep warna hitam dan putih . Berbekalkan Canon 450D kepunyaan rakan aku serta lensa Canon 70-200mm F4L IS kepunyaan rakan juga, aku turun tangkap gambar pada sebelah petang selepas waktu pejabat.

Cuaca tidak menentu hujan, mendung, cerah pada waktu sekarang amat lah sukar untuk aku bergerak bebas. Sekian lama aku asyik mengolah gambar perkahwinan dan mengambil gambar perkahwinan teringin jugak aku nak buat gambar hitam dan putih .

Memang tidak dinafikan lagi sudah lama aku tak tangkap gambar ‘candid’ ..

dan akhir nya aku berkesempatan sedikit membuat gambar tersebut . Aku hanya shoot di lokasi berhampiran pejabat aku saja .

Kuching Waterfront adalah kawasan yang paling hampir dengan pejabat aku dan hasil nya…….. kita layan dulu ………

klik gambar untuk ke gambar seterusnya

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Nadia & Saidi

Posted in Wedding on November 23, 2009 by zaini79

salam dan hai semua .. sekali lagi aku terlalu lama tidak mengemaskini blog begambar aku .. dengan “job” yang bertambah dan banyak.. aku sekarang tidak berkesempatan nak mengemaskini  blog aku dengan pantas seperti dulu.

Dengan ini aku hidangkan gambar perkahwinan yang terbaru pada bulan November. Nadia & Saidi merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan.

Kalau ada yang tak suka pada konsep gambar aku.. Sila lah tegurkan dan komen untuk memperbaiki kelemahan pada aku. Bukan mudah untuk mengambil gambar yang “wow” .. tapi amat mudah untuk membuat kesimpulan yang hanya menaip sahaja …

Klik gambar untuk lihat gambar seterusnya..

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Hanis…

Posted in Wedding on October 26, 2009 by zaini79

salam dan hai semua .. aku sekali lagi berkesempatan ingin berkongsi gambar perkahwinan pada selepas hari raya. Mesti anda akan tertanya-tanya mengapa aku lambat dan slow updatekan blog aku.

Seperti yang aku katakan pada penulisan yang lepas, aku amatlah sibuk dengan job-job yang menanti.. dan pada minggu lepas aku dan rakan-rakan dari Reborn Photography baru saja selesai mengambil gambar Konvokesyen IKM dan TwinTech College. Reborn Photography telah dilantik menjadi Official Photographer untuk kedua-dua majlis tersebut.

Berbalik pada gambar pernikahan yang ingin aku kongsikan pada kali ini, pengantin perempuan berasal dari Kelantan dan melangsungkan majlis pernikahan mereka bertempat di Dewan Pustaka Negeri Sarawak.

Inilah hasil sedikit gambar yang aku inginkan kongsi bersama.

Pada penulisan akan datang, aku akan kongsikan gambar-gambar Outing strobist dan sesi shoot model.

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Aku Kembali ….

Posted in Uncategorized on October 21, 2009 by zaini79

Salam dan selamat sejahtera semua .. lama sungguh aku menyepi .. bukan bermakna aku sombong atau tidur .. tetapi aku terlalu sibuk sekarang sehingga pada hari ini dan aku curi sedikit masa untuk updatekan blog begambar aku .

Raya pun sudah abis .. gambar-gambar raya pun aku tak update ..jadi pada kali ini aku akan updatekan gambar-gambar raya untuk tatapan pembaca semua .

Aku banyak menghabiskan masa raya aku kat Reborn Studio. Menyiapkan gambar keluarga dan gambar pernikahan seminggu selepas raya.

Aku akan kongsikan gambar-gambar client aku untuk tatapan umum . Ini adalah sedikit gambar yang aku boleh post. Kalau nak ikutkan hati memang aku mau uploadkan semua tapi masa tidak mengizinkan..

klik pada gambar untuk lihat gambar selanjutnya

Pada penulisan akan datang .. aku akan kongsikan gambar perkahwinan dan gambar outing strobist …tungguu………

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Posted in Uncategorized on September 30, 2009 by zaini79

free counters

KUKUBESI – Siri Seminar & Outing Jelajah Malaysia

Posted in Uncategorized on September 30, 2009 by zaini79

Salam kepada semua …

maaf sekiranya blog aku sudah lama tak dikemaskini…  aku senyap tak bermakna aku terus hilang .. cuma aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni.

Sibuk dengan Family photo raya ..dan wedding .. nanti-nanti la aku ceritakan dan kongsikan gambar  ok?

Kali ini dengan julung kalinya Kukubesi mengadakan Siri Seminar & Outing Jelajah Malaysia dengan Yuran yang amat berbaloi serta ilmu yang tidak terkira.

sila lihat pada poster untuk keterangan lanjut ..

- : Klik pada poster untuk lihat maklumat dengan jelas

Talian Hayat : 012 890 4411 Jin’s @ Zaini

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted in Uncategorized on September 16, 2009 by zaini79

Kita bertemu lagi pada selepas raya yer ..

nanti aku updatekan gambar-gambar raya dan pernikahan selepas raya .

tungguu……………

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

“Photographers’ Evening Out”

Posted in Uncategorized on August 26, 2009 by zaini79

Semalam berlangsungnya “Photographers’ Evening Out” bertempat di The Old Courthouse Kuching Sarawak.

Para penceramah yang hadir terdiri daripada Jurugambar Pro, iaitu Saiful Nang, Alvin Leong, Brendan Goh dan Jason Victor.

Bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 12 malam berikutan terdapat sesi photoshoot bersama model Breeze.

Memang berbaloi … sebab dapat ilmu yang berguna serta tip-tip dari mereka yang pro . Bayaran masuk hanya Rm10 sahaja.

Ini adalah sedikit gambar-gambar malam tadi.

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Selamat Berpuasa daripada saya.

Posted in Uncategorized on August 24, 2009 by zaini79

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Setibanya puasa, segala aktiviti kenduri kahwin akan ‘cuti’ buat seketika dan membolehkan para jurugambar untuk berehat selama sebulan.

Berehat tidak bermaksud akan tidak mengambil gambar, tetapi berehat dari mengambil gambar untuk Majlis-majlis Kenduri sahaja hehehe. Untuk gambar-gambar Majlis yang lain masih terbuka, serta untuk tempahan merakam kenangan pada Hari Raya Aidilfitri nanti pun boleh lah menghubungi saya di talian hayat 012.890.44.11,

Buat masa sekarang tempahan sudah ada dan siapa cepat dia dapat untuk mengelakkan tempahan pada saat-saat akhir atau emergency.

Kepada warga muslim sedunia itu pun kalau orang asing boleh baca apa yang aku tulis lah.. aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam seluruh dunia.

Kepada kaum Adam, jgn nak ponteng puasa tau… nanti tuhan marah….

Selamat berpuasa

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Hari – hari yang sibuk

Posted in Uncategorized on August 18, 2009 by zaini79

Salam sejahtera kepada semua, sudah lama aku tidak mengemaskinikan blog bergambar aku. Sejak kebelakangan ini, aku terlalu sibuk dengan tugasan yang tak putus-putus mendatang. Mungkinkah itu satu petanda hasil karya aku dihargai sesetengah pihak? .. kita tunggu saja.

Pada sabtu lepas (16 Ogos 2009)  aku mengikut abang ipar aku Khairil Faizi Jamian (CHAP’s MY) membuat tugasan di Little Tots kindergarten @ Saujana Impian Kajang, Selangor D.E.

Sebenarnya pada masa itu aku pergi bercuti bersama isteri aku dan secara kebetulan abang ipar aku ada tugasan dan aku turut merelakan diri untuk turut serta. Pengalaman mengambil gambar kanak-kanak memang memenatkan berbanding mengambil gambar untuk orang dewasa. Tingkah laku mereka adalah secara spontan dan kita hendaklah sentiasa peka terhadap tingkahlaku mereka.

Kebanyakan gambar-gambar yang aku rakam adalah close up photo dan reaksi secara spontan.

Gambar-gambar perkahwinan aku akan kongsikan kemudian sebab terlalu sibuk dengan tugasan membuat design untuk badan-badan kerajaan. hehehe

-

p/s : Klik pada gambar untuk melihat gambar yang seterusnya

-

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11