Archive for April, 2009

Azry & Jue (Pra Wedding)

Posted: April 28, 2009 in Wedding

Cuti dan cuti….ramai orang akan membuat aktiviti pada cuti hujung minggu.

Aku pun ada jugak aktiviti hujung minggu.  Hari Sabtu 25 April 2009, aku bersama isteri , anak dan emak aku keluar beriadah pada hari tersebut. Kebetulan saudara aku Azry akan melangsungkan perkahwinan beliau pada penghujung tahun ini dan menyuruh aku mengambil gambar Pra-Wedding mereka pada hari tersebut.

Aku memilih lokasi dan tema yang aku inginkan selama ini. Lokasi tersebut adalah kampung  Pasir pandak, bersebelahan dengan Pasir Panjang tempat orang ramai selalu berkelah. Tidak menjadi masalah bagi aku untuk ke kampung tersebut kerana kampung itu adalah kampung nenek aku sendiri dan sebelum membuat shoot, aku singgah dahulu ke rumah nenek aku.

Emak aku berehat di rumah manakala aku , isteri dan anak aku pergi shoot gambar untuk Azry. Gambar aku kali ini adalah bertemakan “Melayu Klasik” .

Air yang surut memudahkan aku mengambil gambar kedua-dua pasangan tersebut di pantai.  Sedikit sebanyak gambar yang aku nak tayangkan kepada pembaca sekalian .

p/s : Klik pada gambar untuk melihat gambar selebihnya.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Advertisements

Posted: April 23, 2009 in Uncategorized

free counters

Cuti dan hujung minggu adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh semua orang. Tidak semua orang boleh duduk diam pada cuti tersebut. Masing-masing sibuk dengan aktiviti serta agenda tersendiri.

Aku adalah orang yang termasuk dalam golongan tersebut. Pada Ahad lepas, aku buat pertama kalinya melibatkan diri dalam Annual General Meeting Kelab Fotografi Kenyalang (KFK) http://www.kfk.com.my ke-2. Mengapa aku turut hadir meeting tersebut?? …. Aku hadir sebab aku sudah menjadi ahli rasmi untuk KFK hehehehe. Kalau nak tahu apa itu KFK ..sila-silalah klik pada link di atas.

Selepas AGM aku terus ke Hotel Grand Margherita (dulu dikenali sebagai Holiday Inn Kuching) . Kedua orang tua aku menginap disana untuk 1 hari saja. Penginapan tersebut dibayar sepenuhnya oleh kakak sulung aku sebagai hadiah harijadi Bapa ku. Permandangan bilik tersebut memang cantik sebab mengadap kampung dan sungai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dalam proses pembinaan.

Aku pun mengambil kesempatan untuk mengukir kenangan dengan mengambil gambar matahari terbenam. Orang kata kalau shoot guna  RAW image format, hasil gambar akan cantik. Selama ini aku shoot guna JPEG format sahaja.

kalau nak tau cantik ke tidak, anda tengoklah sendiri dan teliti gambar dibawah. Kalau tidak cantik .. maaf lah sebab pertama kali shoot guna RAW format dan kalau cantik, terima kasih lah sebab sudi tengok blog aku.

Jin’s,

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Awards untuk aku . . .

Posted: April 17, 2009 in Uncategorized

zaini

Aku mendapat anugerah ? ? macam tak percaya la pulak. Anugerah yang di buat oleh rakan sekerja aku.

http://sharifahhuzaimah.com/?p=1110 <–blog emazens

kalau nak tahu dengan lebih lanjut kenapa aku dapat anugerah tu, gatal-gatalkan jari untuk klick URL di atas ya …

Jin’s,

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Zakaria dan Mahsuri

Posted: April 13, 2009 in Wedding

Cuti Umum pada jumaat yang lepas sempena ‘Good Friday’ (10 April 2009) membolehkan saudara kepada isteri aku mengambil kesempatan untuk membuat majlis Pertunangan beliau.

Zakaria adalah saudara kepada isteri aku, dan ini adalah tugasan tanpa bayaran, diulangai sekali lagi..tugasan tanpa bayaran.. aku hanya mampu memberi pertolongan apa yang termampu.Tapi ada dikalangan mereka memikirkan aku adalah jurugambar berbayar pada malam tersebut sebab lagak aku sudah cukup macam jurugambar yang berbayar.

Zakaria dan Mahsuri menemui jodoh melalui dari kakak ipar aku (isteri abang aku) hehehehe. Kakak ipar aku adalah orang yang bertanggungjawab menemukan jodoh mereka. Dari mereka berdua masih single sampai lah mereka berkawan dan berpacaran dan pada malam tersebut mereka mengikat tali pertunangan.

Ini adalah serba sedikit gambar yang aku ingin berkongsi bersama dan hari ni aku memang tak dapat nak upload kesemuanya kerana kepala hotak aku pening-pening dan pusing-pusing sejak pagi tadi. Tak larat nak upload banyak-banyak nanti boleh pitam aku dibuatnya. Esok-esok jer la aku upload gambar yang selebihnya .

Sekian Terima Kasih…

Jin’s,

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Posted: April 7, 2009 in Uncategorized

free counters

This hands-on workshop is designed to give a better understanding of lighting at outdoor locations. At the end of the workshop, you will learn the necessary lighting fundamentals for you to succeed as a location portraiture photographer with skills that’s applicable even for fashion, events or wedding assignments. In addition to learning how to use and modify existing light, you’ll learn about using fill lights using on camera flash and/or light reflectors.

The details of the workshop are as follows:

Saturday: 9th May 2009 – Ted Adnan’s Location Portraiture Lighting Technique Workshop
Venue: Kuching City, Sarawak. Exact location will be revealed to confirmed participants
Time: 8 am – 5 pm

Miscellaneous: Light refreshment and lunch will be provided.

No restrictions on camera make, all are welcome as long as it is a DSLR.

Fees: RM450.00/USD150.00 per participant
Early bird offer: for fees payment before 30th of April 2009, the fees is RM400.00 only per participant
Payment using Government L.O. is at RM850.00 per participant.

Workshop overview:
-Understanding camera metering mode
-Lens selection for effective portrait presentation
-available light technique
-fill flash / mix lighting technique
-how to use flash to create a dramatic effect
-practical session with a model

Who should attend?
Beginner’s to advanced amateur who wishes to take their photography to th e next level

I shall cap the participants number to a maximum of 15 person only per workshop.
There is a RM50.00 rebate for previous workshop or model shoot participants.
College/university college student who presents a valid student ID card, will also entitled to a RM50.00 rebate. Limited to maximum 3 students only.

Take note:
There will be no refund of your fees if you pulls out for whatever reason. So get someone to replace you lah if you can’t make it.

Want to know more? My contacts as follows:

TED ADNAN
+60 (12) – 231 5654
website: http://www.tedadnanphotography.com
blog: http://www.tedadnan.com
email: tedadnanworkshop at gmail dot com
yahoo id: tedadnan

http://tedadnan.com/blog/?p=604&cpage=1#comment-2723

Jin’s,

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11