Archive for May, 2009

Posted: May 28, 2009 in Uncategorized

free counters

My New Toys

Posted: May 27, 2009 in Uncategorized

Penantian satu penyeksaan …ha ha ha teringat aku lagu zaman dulu-dulu . Salah satu lirik lagu yang masih segar dalam ingatan.

Memang penantian itu satu penyeksaan sebab selepas aku menjual D70 + bateri Grip aku kepada saudara terdekat aku…. aku telah membuat tempahan dari rakan photographer aku jugak yang aktif dalam urusan jual beli .

Mendapat offer harga yang agak baik aku pun membeli sebijik Nikon D80 body sahaja. Harga nya dalam 2k skali dengan kos penghantaran menggunakan poslaju.

Camera tersebut telah di post kan semalam dan tiba pada hari ni. Aku check punya check tracking nombor poslaju dalam web masih belum menemui jawapan dan status penghantaran tersebut.

Aku risau dan aku terus call cawangan poslaju di kuching untuk mendapat maklumat lanjut. Bila aku call pada tengari ini, operator tersebut mengatakan “posmen sudah keluar menghantar barang encik” .. waaaaaaahhh… aku tersenyum sambil lega barang aku sudah selamat sampai.

Dalam masa sejam dua.. barang aku pun sampai dan aku bukak check satu persatu dalam box nikon d80 tersebut, semuanya complete .

Lunch hour aku keluar dan test camera tersebut dan sangatlah berpuas hati sebab kondisi body Nikon D80 nampak kelihatan baru dan lebih memeranjatkan aku adalah shutter count camera tersebut hanya 2k.

Balik keja nanti akan aku test kaw-kaw punya …….

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Salam semua. Mesti ada yang tertanya-tanya mengapa aku membiarkan blog aku tidak diupdate untuk sekian lama.

Jawapannya adalah…. aku sedikit sibuk dalam proses pemilihan dan editing gambar untuk client aku. Minggu lepas aku buat job lagi. Pasangan tersebut bernama Omar dan Watie yang sudah booking aku 3 bulan yang lepas.

Editing pada gambar di dalam album kali ini adalah berlainan sedikit kerana 100% editing tersebut mendapat sentuhan jari jemari dan idea aku sendiri sepenuhnya.

Gambar yang dipaparkan dibawah tidak ada gambar wajah-wajah pasangan pengantin kerana mereka berdua telah memberitahu aku awal supaya tidak meletakkan wajah-wajah mereka di dalam wedding collection aku. “malu la i” hehehe ..

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Posted: May 5, 2009 in Uncategorized

free counters

Adha@deha Vs Amelna@Mellna

Posted: May 4, 2009 in Wedding

Salam kepada pembaca semua. Setiap kali aku nak intro.. mesti aku akan tulis aktiviti hujung minggu, .sibuk di hujung minggu ..dan macam-macam lagi.

Kali ini aku tak sabar-sabar hendak mengupdatekan blog begambar aku kerana aku ingin berkongsi gambar kawan@sahabat aku telah selamat melangsungkan Majlis Pertunangan mereka berdua pada hari Sabtu, 2 Mei 2009.  Kawan lelaki aku bernama Adha@deha atau dikenali dalam web sebagai Sifoo atau Toriton.. Mungkin di kalangan kamu kenal atau pernah nampak nickname tersebut. Manakala pasangannya pula adalah Amelna@melna atau dikenali dalam web Mellna^Baybeh .

Kedua-dua pasangan tersebut adalah kawan aku sejak bertahun lamanya. Aku mengenali mereka pun dari zaman #IRC dan laman web www.pgx.com.my .

Lihatlah sendiri bagaimana ekspresi wajah kedua-dua mereka semasa sesi photoshoot. Sungguh gembira dan aku tak sabar menanti hari untuk menjadi Raja Sehari mereka berdua pada masa akan datang.

Klik pada gambar untuk melihat gambar selanjutnya.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11