Archive for June, 2009

Kali ini… aku datang dengan perkembangan baru. Sudah ada permainan baru . Kalau tak silap aku 2 minggu lepas aku ada berceritakan pasal “new toys” aku jugak, tapi …  .. haaaaa…ada tapi nya …….. kalau nak tau, baca jer la…

Aku sekarang tidak  ada lagi menggunakan Nikon D80 yang aku belikan pada 2 minggu yang lepas. Aku mendapat “offer” yang cantek dan berbaloi untuk si pemilik baru D80 aku itu. Mengapa aku katakan berbaloi ?? …… sebab shutter count atau jangka hayat shutter D80 itu hanya dalam 5000 sahaja dan kelihatan macam baru.

D80 aku berpindah milik kepada rakan aku sendiri di bintulu, Sarawak. Harga yang menarik serta package yang boleh dikatakan lumayan yang aku kasikan kepada rakan aku itu. Battery Grip baru + bateri baru + SDHC Toshiba 4gb baru + Flash baru yang aku letak dalam 1 package.

Mesti korang tak sabar – sabar atau tertanya -tanya DSLR apa yang aku cari sebagai pengganti Nikon D80 aku. Dengan ini… aku mengistiharkan… aku sekarang menjadi pemilik Nikon D2oo… ha ha ha ..alaa.. nampak jer baru tapi sebenarnya “2nd” ajer …

D200 aku sampai pada Khamis 25 Jun 09 dan dirasmikan aku sepenuhnya pada hari ini 26 Jun 2009. Lunch hour aku keluar nak test power barang baru aku ni dan kebetulan ada Expo Fama di Kuching Waterfront.

Dan ini adalah hasilnya dari Nikon D200 tersebut. Selamat menjamu Mata ….

banner ni aku yang buatkan ...sorry la kalau tak cantek..emergency banner

banner ni aku yang buatkan ...sorry la kalau tak cantek..emergency banner

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Advertisements

Ajet & Yanie – June 09

Posted: June 19, 2009 in Wedding

Sekali lagi aku lambat update blog begambar aku ni disebabkan terlalu sibuk 2-3 minggu berturut-turut dengan editing gambar dan job-job yang sudah selesai.

Kali ini aku kongsikan bersama perkahwinan Ajet & Yanie bertempat di dewan Riverside Majestic Hotel atau dikenali sebagai Crown Plaza. Pengantin perempuan dengan panggilan manja -Yanie- adalah kakak kepada Efyza ( Izwan & Efyza ) rujuk pada artikel yang lepas.

Perkahwinan mereka sangat istimewa sebab dihadiri oleh orang-orang kenamaan seperti TYT Sarawak, Pehin Sri Tun dan lain-lain lagi. Majlis bermula pada jam 7.30 malam sehingga jam 11 malam dan sesi photoshoot selesai sehingga jam 12 malam.

Majlis tersebut dibantu oleh Aiok, dan Bro Zamrin. Terima kasih kepada mereka berdua sebab membantu aku dalam majlis yang besar ini.

Sedikit gambar-gambar yang aku inginkan kongsi bersama.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Posted: June 11, 2009 in Uncategorized

free counters

Izwan & Efyza Mei 09

Posted: June 8, 2009 in Wedding

Seperti yang aku janjikan dalam penulisan yang lepas, aku ada mengatakan untuk memaparkan persandingan Izwan dan Efyza. Sudah seminggu berlalu persandingan mereka berdua.

Pasangan tersebut memang nampak Happy ..maklumlah pengantin baru hehehe. Jadi tidak ada masalah untuk aku mengendalikan mereka berdua dan pasangan tersebut memang sporting.

seperti biasa lah aku memang ditugaskan menjadi OP (Official Photographer) mereka dan dibantu oleh rakan aku encik Adha (Pertunangan Adha dan Amelna) .

Seminggu berlalu aku memang sibuk dalam pemprosesan gambar Izwan dan Efyza dan baru lah hari ini aku berkesempatan menulis serta berkongsi gambar mereka berdua.

Klik pada gambar untuk melihat gambar selanjutnya.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Dania @ Reborn Studio

Posted: June 3, 2009 in Uncategorized

Cuti..dan cuti lagi ..

Seperti biasa lah aku akan mensibukkan diri apabila cuti umum menjelma.

Sabtu 30 hb Mei 2009, aku , isteri aku dan anak aku pergi bersantai pada hari tersebut. Kebanyakan orang lain akan bersantai di pantai atau pergi bercuti luar kawasan tetapi aku hanya bersantai di Reborn Studio.

Reborn Studio adalah studio dalam proses pembaharuan yang mana diuruskan oleh kawan aku sendiri Aiok dan Amey serta rakan-rakan yang lain.

Aku lepak di sana sambil bermain dengan studio Flash yang baru. he he he

sedikit sebanyak gambar Dania yang aku sempat test shoot menggunakan lampu studio dan strobe menggunakan Nissin Flash.

Keesokan harinya aku akan mensibukkan diri dalam mengambil gambar kahwin pulak. Kisah kahwin akan ku tulis dalam artikel seterusnya …

tungguuu….

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11