Archive for August, 2009

Semalam berlangsungnya “Photographers’ Evening Out” bertempat di The Old Courthouse Kuching Sarawak.

Para penceramah yang hadir terdiri daripada Jurugambar Pro, iaitu Saiful Nang, Alvin Leong, Brendan Goh dan Jason Victor.

Bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 12 malam berikutan terdapat sesi photoshoot bersama model Breeze.

Memang berbaloi … sebab dapat ilmu yang berguna serta tip-tip dari mereka yang pro . Bayaran masuk hanya Rm10 sahaja.

Ini adalah sedikit gambar-gambar malam tadi.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Selamat Berpuasa daripada saya.

Posted: August 24, 2009 in Uncategorized

Salam dan selamat sejahtera kepada semua.

Setibanya puasa, segala aktiviti kenduri kahwin akan ‘cuti’ buat seketika dan membolehkan para jurugambar untuk berehat selama sebulan.

Berehat tidak bermaksud akan tidak mengambil gambar, tetapi berehat dari mengambil gambar untuk Majlis-majlis Kenduri sahaja hehehe. Untuk gambar-gambar Majlis yang lain masih terbuka, serta untuk tempahan merakam kenangan pada Hari Raya Aidilfitri nanti pun boleh lah menghubungi saya di talian hayat 012.890.44.11,

Buat masa sekarang tempahan sudah ada dan siapa cepat dia dapat untuk mengelakkan tempahan pada saat-saat akhir atau emergency.

Kepada warga muslim sedunia itu pun kalau orang asing boleh baca apa yang aku tulis lah.. aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam seluruh dunia.

Kepada kaum Adam, jgn nak ponteng puasa tau… nanti tuhan marah….

Selamat berpuasa

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Hari – hari yang sibuk

Posted: August 18, 2009 in Uncategorized

Salam sejahtera kepada semua, sudah lama aku tidak mengemaskinikan blog bergambar aku. Sejak kebelakangan ini, aku terlalu sibuk dengan tugasan yang tak putus-putus mendatang. Mungkinkah itu satu petanda hasil karya aku dihargai sesetengah pihak? .. kita tunggu saja.

Pada sabtu lepas (16 Ogos 2009)  aku mengikut abang ipar aku Khairil Faizi Jamian (CHAP’s MY) membuat tugasan di Little Tots kindergarten @ Saujana Impian Kajang, Selangor D.E.

Sebenarnya pada masa itu aku pergi bercuti bersama isteri aku dan secara kebetulan abang ipar aku ada tugasan dan aku turut merelakan diri untuk turut serta. Pengalaman mengambil gambar kanak-kanak memang memenatkan berbanding mengambil gambar untuk orang dewasa. Tingkah laku mereka adalah secara spontan dan kita hendaklah sentiasa peka terhadap tingkahlaku mereka.

Kebanyakan gambar-gambar yang aku rakam adalah close up photo dan reaksi secara spontan.

Gambar-gambar perkahwinan aku akan kongsikan kemudian sebab terlalu sibuk dengan tugasan membuat design untuk badan-badan kerajaan. hehehe

p/s : Klik pada gambar untuk melihat gambar yang seterusnya

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Posted: August 3, 2009 in Uncategorized

free counters