Archive for December, 2009

Rizal & Rose | 25 & 26 Dec 09

Posted: December 30, 2009 in Wedding

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca. Pejam celik banyak kali rupa-rupanya sudah sampai ke penghujung tahun, berakhirlah tahun 2009.

Rizal & Rose adalah pengantin yang terakhir aku shoot pada tahun ini. Rizal adalah abang kepada isteri aku a.k.a abang ipar aku.

Majlis akad nikah pada 25hb Dec manakala majlis persandingan berlansung hari berikutnya pada 26hb Dec bertempat di dewan suarah a.k.a Civic Center.

Ini adalah job pertama aku solo dalam dewan yang besar. Sudah genap 1 tahun aku menjadi jurugambar perkahwinan. Pada sebelumnya aku hanyalah jurugambar untuk majalah-majalah kereta tempatan dan spyshooter untuk http://www.pgx.com.my.

Pada penghujung tahun 2009 aku ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang memilih serta memberi aku kepercayaan untuk merakam detik-detik manis yang mana berlakunya hanya sekali dalam seumur hidup mereka.

Terima kasih semua dan tahniah kepada pengantin-pengantin 2009 . Kita jumpa lagi bakal pengantin pada 2010.

klik pada gambar untuk ke galeri

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Advertisements

Kamarul & Jasmine

Posted: December 23, 2009 in Wedding

Salam dan selamat sejahtera semua..

Bulan December bagaikan pesta untuk pasangan pengantin-pengantin di seluruh Malaysia. Pada bulan December jugak lah jurugambar-jurugambar sekitar Malaysia bekerja keras dan sibuk dengan jadual masing-masing termasuklah aku sendiri.

Aku, rakan aku (MatSap@Safri) dan Juruvideo Jantayu Vision (Eshump & the gang) bekerja sama dalam satu Majlis Pernikahan Kamarul & Jasmine bertempat di Kampung Tupong dan Kampung Sejingkat.

Tarikh : 19 & 20 December 2009

Lokasi Kejadian : Kampung Tupong & Kampung Sejingkat

Masa : 9 pagi – 7 petang/malam

klik gambar untuk gambar seterusnya

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Posted: December 15, 2009 in Uncategorized

free counters

Night Photography

Posted: December 15, 2009 in Uncategorized

Gambar pada malam hari mempunyai daya tarikan tersendiri. Sekarang ramai kawan-kawan jurugambar aku suka menggilai aktiviti fotografi pada malam hari.

Pada minggu lepas aku pun teringin nak buat aktiviti pada malam hari, dan aktiviti tersebut di sertai beberapa rakan aku dan pengambaran tersebut bertempat di hadapan pusat membeli belah iaitu Bangunan Tun Jugah .

Aku memilih lokasi tersebut kerana sebelum ini rakan-rakan aku pernah cuba di tempat yang sama dan hasilnya memang menarik disebabkan lampu-lampu kereta dan lampu-lampu bangunan yang bermacam warna dpt menghasilkan lagi lighting bokeh yang amat menarik.

Inilah hasil pada malam tersebut…. layan……..

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1

Hitam & Putih | Warna Kehidupan

Posted: December 4, 2009 in Candid

Entry aku kali ini bertemakan konsep warna hitam dan putih . Berbekalkan Canon 450D kepunyaan rakan aku serta lensa Canon 70-200mm F4L IS kepunyaan rakan juga, aku turun tangkap gambar pada sebelah petang selepas waktu pejabat.

Cuaca tidak menentu hujan, mendung, cerah pada waktu sekarang amat lah sukar untuk aku bergerak bebas. Sekian lama aku asyik mengolah gambar perkahwinan dan mengambil gambar perkahwinan teringin jugak aku nak buat gambar hitam dan putih .

Memang tidak dinafikan lagi sudah lama aku tak tangkap gambar ‘candid’ ..

dan akhir nya aku berkesempatan sedikit membuat gambar tersebut . Aku hanya shoot di lokasi berhampiran pejabat aku saja .

Kuching Waterfront adalah kawasan yang paling hampir dengan pejabat aku dan hasil nya…….. kita layan dulu ………

klik gambar untuk ke gambar seterusnya

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.1