Archive for December, 2010

www.oneyephotoworks.com

Salam dan selamat sejahtera semua .. kini kita berada di penghujung tahun 2010. Segala pahit manis suka dan duka kita tinggalkan untuk jadi kenangan 2010 ..serta jadikan pengajaran pada tahun 2011.

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa kami akan berpindah ke laman yang baru dan lebih menarik untuk tatapan anda pada tahun 2011.

Terima kasih kepada mereka yang sudi menaruh kepercayaan lebih dari 100% untuk merakam segala detik-detik bersejarah dan majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi. Ribuan terima kasih kepada para pengunjung sekalian.

Tanpa anda semua siapalah kami dengan bantuan anda kami telah maju setapak lagi dan berharap akan terus maju jaya.

ZainiPhotography ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua.

Azam baru serta laman web rasmi kami adalah seperti berikut

www.oneyephotoworks.com

ONEyePhotoworks adalah satu nama baru dan dikendalikan sepenuhnya oleh ZainiPhotography. Oleh itu saya tidak lagi menggunakan ZainiPhotography tapi akan menggunakan nama baru ONEyePhotoworks pada tahun baru 2011

diharap kita akan bertemu lagi pada tahun baru 2011 .

sekian wassalam
Zaini Ahmat @ Jins
012 .890 .4411

Pengumuman Pakej baru tahun 2011

Posted: December 9, 2010 in Uncategorized

Dengan ini saya ingin membuat pengumuman bahawa Pakej Wedding dan Bertunang kami tidak lagi pada harga Pakej tahun 2010.

Bagi mereka yang sudah booking untuk majlis pada tahun 2011, harga pakej anda masih tetap sama seperti tahun 2010 dan pada mereka yang belum booking, anda boleh membuat tempahan dari sekarang untuk majlis pada tahun 2011,

Pakej Baru akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Kepada mereka yang telah memberi sokongan yang padu dan jitu … kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk merakamkan detik bersejarah anda.

Terima Kasih juga kepada pelanggan kami yang berada di luar Kuching Sarawak, sebab memberi kepercayaan kepada kami.

Sekian Wassalam
ONEye Photoworks.
– Wedding
– Pre Wedding
– Engagement
– Event
– Potraiture
– Family Photo
– etc..

contact : 012.890.44.11 – Jins @ Zaini Ahmat
Email : zainiahmat@gmail.com

Wedding Padel & Eydah 3&5 Dec 2010

Posted: December 6, 2010 in Wedding

Salam dan selamat kembali, pada 3hb dan 5hb aku telah pergi ke bandar Sri Aman semata-mata untuk merakamkan detik bersejarah kepada pasangan Padel & Eydah.

Encik Padell adalah rakan aku dan telah memberi aku tanggungjawab yang besar untuk merakamkan detik-detik bersejarah beliau untuk menjadi kenangan di masa hadapan.

Majlis Akad nikah berlangsung di kediaman pengantin perempuan pada 3 Dec 2010 manakala majlis persandingan mereka berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman.

Di sini ada serba sedikit gambar yang aku sempat siapkan untuk tatapan bersama, dan ada beberapa lagi gambar yang akan aku kongsikan kemudian.

klik pada gambar untuk ke album Padel & Eydah

Jin’s @ ONEye Photoworks

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11