Archive for July, 2009

Ahmad Mubarak & Dora

Posted: July 22, 2009 in Wedding

Hujung minggu pastinya akan menjadi hari yang sibuk untuk jurugambar – jurugambar serta mak andam di seluruh Malaysia.  Pada hujung minggulah mereka akan bekerja keras serta bersiap sedia untuk menjalankan tugas masing-masing dan termasuklah aku sendiri.

Pada minggu lepas 18 July 2009, aku pun tersenarai dalam menjalankan tugas jugak sebagai jurugambar rasmi perkahwinan. Aku menjalankan tugas pada pagi Sabtu menjadi jurugambar rasmi untuk pasangan Ahmad Mubarak & Dora. Ahmad Mubarak adalah penduduk kawasan perumahan sama dengan aku dan mengenali aku dari sekolah rendah lagi.

Manakala pengantin perempuan berasal dari Kampung Samariang Batu dan pada pagi sabtu mereka melangsungkan majlis Akad Nikah dan selepas itu bersanding di rumah pengantin lelaki. Selesai bersanding di rumah pengantin lelaki, pasangan tersebut bersanding pula di rumah pengantin perempuan.

Selepas selesai majlis bersanding mereka membuat “outdoor shoot” di Pustaka Negeri Sarawak dan secara rasminya majlis tersebut berakhir di sana.

Sedikit gambar ingin aku berkongsi bersama.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Sekian lama aku tak updatekan blog .. dan kali ini aku membawa kelainan pada gambar-gambar aku sebelumnya yang mengetengahkan gambar-gambar perkahwinan dan gambar-gambar pertungangan.

Buat julung kalinya aku berada dalam photographer Pit .. dan pada tahun sebelumnya aku hanya dapat mengambil gambar dari jauh sahaja.

Minggu lepas telah berlangsungnya Rainforest World Music Festival 2009 bertarikh 10-12 July dan bertempat di Sarawak Cultural Village.

Aku berada disana selama 4 hari, dan bermacam-macam ragam manusia yang kelihatan berada disana. Pada sebelah siang hari Peserta-peserta akan membuat bengkel di lokasi-lokasi yang tertentu dan pada sebelah malam pula mereka akan mempersembahkan lagu-lagu tradisional dari negara masing-masing.. memang amat mengasyikkan.

Pada mereka yang belum tahu apa itu Rainforest World Music Festival.. kamu boleh lah melawat lawan web ini untuk mendapat info yang lebih lanjut.  Rainforest World Music Festival <– Klik di sini.

Ada sedikit gambar yang aku inginkan kongsi bersama .. sedikit tapi sebenarnya banyak jugak …

klik pada gambar untuk melihat gambar selanjut nya.

Jin’s @ Jin-X Empire

Freelance Photographer/ Jurugambar Bebas

Wedding Photography/Jurugambar Perkahwinan

Kuching, Sarawak

+6012.890.44.11

Posted: July 1, 2009 in Uncategorized

free counters